(TAHNIAH)Sharifah Aleya Telah Bertudung Sejak 1 Ramadhan

Hiburan

(TAHNIAH)Sharifah Aleya Telah Bertudung Sejak 1 Ramadhan

Alhamdulillah. Semakin hari semakin ramai selebriti wanita yang berhijrah untuk memakai tudung sepenuhnya. Tambah manis apabila penghijrahan itu dilakukan di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Sharifah Aleya atas penghijrahan ini.

sharifah aleya bertudung

Advertisement

Kata Sharifah Aleya kepada portal Murai:-

Saya minta maaf kerana tidak dapat mengulas lanjut mengenai penghijrahan saya kerana bagi saya ianya sangat peribadi untuk dikongsi. Namun, sejak 1 ramadan lalu, saya sudah mula bertudung dan InsyaAllah ianya akan berkekalan hingga akhirnya. Alhamdulillah juga kerana sejak saya bertudung, ramai yang telah mendoakan yang terbaik untuk saya termasuk keluarga dan rakan-rakan. Mereka banyak memberikan sokongan.

Semoga Sharifah Aleya diberikan kekuatan untuk terus kekal bertudung buat selama-lamanya. Abang Nara tengok memang makin cantik apabila Sharifah Aleya bertudung. Jutaan tahniah sekali lagi kepada Sharifah Aleya atas hijrah ini. Anda juga boleh ucapkan tahniah kepadanya menerusi Twitter SharifahaLEYA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

54 Comments

  1. Raja minah jambu 24jam mengadap computer

    August 1, 2012 at 10:59 pm

    selalu nye bila pompan kena cerai atau pn pompan putus ngan mateair lepas tu mesti dorang bertudong ciannnnn dh putus asa gak nyeeeee banyak kn bersabar yeeeee…

  2. Pingback: (TAHNIAH)Sharifah Aleya Telah Bertudung Sejak 1 Ramadhan | HatiBlogger [dot] Com

  3. Anonymous

    August 1, 2012 at 10:47 am

    Tahniah leya!! Moga ini jd permulaan yg baik buat anda… Inilah keberkatan bulan ramadhan…

  4. qizzreen

    August 1, 2012 at 8:36 am

    Betul tu,pakai tudung..xyah la cite knp,apa sbb mcm artist lain
    Just do it,krn allah,nie cite berbagai2.

  5. whosebadsinbad

    August 1, 2012 at 6:26 am

    Alhamdullilah…

Loading...