(TAHNIAH) Senyap-Senyap, Ayda Jebat Dedah Sedang Hamil Anak Ketiga

Hiburan

(TAHNIAH) Senyap-Senyap, Ayda Jebat Dedah Sedang Hamil Anak Ketiga

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat, 33, berkongsi khabar gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi hantaran di Instagram, Ayda menulis bahawa dia sedang hamil empat bulan kini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Perkongsian tersebut segera dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen dan rakan artis. Antara yang menarik perhatian ialah komen Mira Filzah, rakan gandingannya dalam drama Mandul Bukan Pilihan.

Awak rahsiakan dari kami ya. Tapi saya gembira jadi antara yang pertama tahu. Kalau tak, memang saya tak bagi Elhan (watak Ashraf Muslim) campak-campak awak. Tahniah, jangan nakal-nakal okey.

Ayda kemudian membalas dengan meminta maaf kerana tidak memaklumkan lebih awal.

Maaf sayang, saya terpaksa. Kalau tak mesti kalian tak bagi buat dramatik. Insya-Allah semuanya okey. Sayang kamu semua.

Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir dan pasangan ini sudah pun mempunyai dua cahaya mata, iaitu Ana Nayla, 4, dan Aali Mateen, 2.

Ayda Jebat tak buat apa duduk rumah mentua
2025-06-03 16:32:45

Tak Buat Kerja Rumah Sepanjang 4 Tahun Tinggal Dengan Mentua, Ayda Jebat 'Nervous' Nak Pindah Rumah Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...