(TAHNIAH) Selepas 5 Tahun Berkahwin, Isteri Ameer Sofazr Kini Disahkan Hamil

Hiburan

(TAHNIAH) Selepas 5 Tahun Berkahwin, Isteri Ameer Sofazr Kini Disahkan Hamil

Berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa isterinya kini disahkan mengandung anak sulung mereka, penyanyi Ameer Sofazr menyatakan ia merupakan satu perkhabaran yang cukup bermakna buatnya yang bakal bergelar bapa selepas lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Selepas 5 Tahun Berkahwin, Isteri Ameer Sofazr Kini Disahkan Hamil

Advertisement

Ameer mendedahkan perkara tersebut kepada umum di laman Instagramnya.

“Alhamdulillah syukur. Rezeki, nikmat dan hikmah yang diberikan oleh-Nya sangat besar dan bermakna. Penantian selama lima tahun akhirnya dikurniakan rezeki yang sangat bermakna.”

Dalam posting berkenaan, penyanyi lagu “Dan Bila Esok” itu juga berkongsi gambar terkini isterinya yang sudah jelas kelihatan ‘baby bump’.

Tambahnya lagi, beliau kini amat berharap agar proses kehamilan isterinya itu terus dipermudahkan.

Selepas 5 Tahun Berkahwin, Isteri Ameer Sofazr Kini Disahkan Hamil

“Semoga anak yang bakal lahir membesar dengan sihat dan jadi anak anak yang soleh dan solehah. Semoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan dan dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. Insya-Allah.”

Menjengah ke ruangan komen entri tersebut, rata-rata pengikutnya menzahirkan ucapan tahniah buat dirinya dan isteri. Malah wujud juga segelintir peminat yang seakan teruja dengan perkhabaran tersebut dan turut mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

Untuk rekod, Ameer telah mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015. Selepas lima tahun berkahwin, ini merupakan perkhabaran yang paling bermakna buat pasangan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...