Selepas mengikat tali pertunangan pada minggu lepas, pelakon jelita Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris yang merupakan seorang pakar kewangan, hanya dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Wilayah pada jam 10.00 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan. Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, jumlah wang hantaran pula dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Kisah cinta mereka cukup indah, perkenalan mereka begitu singkat sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Difahamkan, pasangan ini telah bertemu di sebuah acara amal yang telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada dua bulan lalu.
View this post on InstagramAdvertisement
Tasha dan suami kelihatan sungguh cantik dan segak mengenakan busana pengantin rona putih rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat.
Tahniah kami ucapkan kepada Tasha dan Atiq. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga. Itulah kata orang, soal jodoh ini memang tidak boleh dijangka, akhirnya Tasha telah menemui kebahagiaan yang dicari-cari selama ini.

Anonymous
February 28, 2020 at 4:43 pm
Alhamdulillah, sungguh indah. Majlis yang sungguh sederhana selaras dengan apa yang Islam ajar, walaupun kedua-dua belah pihak mampu dari segi kewangan. Alhamdulillah again. We’re happy for you, Tasha Shilla & husband.
Anonymous
February 28, 2020 at 12:36 pm
Alhamdulillah..tahniah tasha&suami??
Warga Malaysia
February 28, 2020 at 12:07 pm
Salam Tasha
Selamat Pengantin Baru!
Tumpang gembira kerana segala urusan Tasha dipermudahkan,dan akhirnya dipertemukan dengan lelaki yang ikhlas mendampingi Tasha.
Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.