Akhirnya selepas beberapa tahun penantian untuk memiliki anak, penyanyi kelahiran Singapura, Hetty Sarlene dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulung lelaki bertempat di sebuah pusat perubatan di Singapura, semalam.
Dia dilihat telah berkongsikan berita gembira itu di platform media sosial Instagramnya untuk tatapan peminat.
Hetty atau nama sebenarnya, Hetty Sarlene Abdul Hamid,37, turut mendedahkan nama serta wajah si comel itu kepada pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
“28/01/21 – 3.25 petang. Bayi lelaki kami lahir ke dunia ini dengan berat 3.2 kilogram. Kami ingin memperkenalkan kepada anda, anak lelaki kacak kami, Landon Alexander Oakes.”
Menurut Hetty lagi, dia yang berada di bilik pembedahan selama hampir 16 jam itu berkata bahawa segala kesakitan melahirkan si comel itu serta merta hilang selepas melihat bayi itu lahir ke dunia.
View this post on Instagram
“Segala kesakitan, tak cukup tidur ketika malam, 16 jam di dewan bersalin, 2 hingga ke 3 mini kontraksi yang kuat, teran dan rasa loya semuanya dirasakan berbaloi!”
Sekadar info, Hetty Sarlene telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Daniel Oakes yang merupakan jejaka kelahiran London pada 23 Januari 2016 yang lalu.