(TAHNIAH) Sein Dan Nana Rujuk Semula

Hiburan

(TAHNIAH) Sein Dan Nana Rujuk Semula

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan Sein dan Nana yang mengambil keputusan untuk rujuk semula pada 11 Mac lepas selepas tamat tempoh iddah. Buat pengetahuan korang semua, pasangan ni dah bercerai talak satu pada 8 Disember tahun lalu dan dikurniakan dua orang anak yang comel- comel, Syed Tamriz Al-Qudsy berumur 3 tahun, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang baru berusia setahun. Anak- anak pun kecik lagi dah tentu diorang tak faham istilah cerai-berai ni. Abangnara rase mereka buat keputusan yang tepat. Adat rumah tangga la kalau ada salah faham, gaduh- gaduh sket, tak gitu? komen Nana mengenai rujuk semula:

Advertisement

“Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan. Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula”.

Kan bagus kalau semua pasangan boleh fikir macam ni. Rileks dulu, masa tengah marah memang la beriya nak cerai. Pasasngan juara sehati berdansa ini juga akan mengadakan kenduri kesyukuran sempena penyatuan mereka semula.

Kenduri kesyukuran ini akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail pada 2 April ini, pukul 9 malam. Doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga perkahwinan anda kekal bahagia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...