(TAHNIAH)Sarimah Ibrahim Akan Bertunang Dengan Tunku Nadzimuddin September Ini

Hiburan

(TAHNIAH)Sarimah Ibrahim Akan Bertunang Dengan Tunku Nadzimuddin September Ini

Setelah menyulam cinta hampir 9 bulan, akhirnya percintaan Sarimah Ibrahim, 36 tahun dan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42 tahun akan maju selangkah lagi September ini. Mereka berdua bakal mengikat tali pertunangan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur pada tarikh 27 September. Untuk makluman, Tunku Nadzimuddin adalah cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.

sarimah ibrahim

Advertisement

Berkata kepada H!Live, Sarimah Ibrahim memaklumkan yang majlis pertunangan mereka akan mengikuti adat istiadat dan budaya keluarga kedua-dua belah pihak. Kata Sarimah:-

Dia lain dari kawan-kawan yang saya pernah kenal sebelum ini. Dari segi budi bicara, cara, penampilan dan pemikirannya. Itu semua penting untuk saya. Cuma dia yang berani untuk bersama saya dan seorang yang sangat penyabar dengan kerenah saya.

Persiapan sudah banyak dibuat dan kami telah pun banyak buat perbincangan. Penting untuk kami untuk mengikut adat istiadat dan budaya dari kedua-dua belah keluarga agar majlis ini menjadi selesa.

Hanya doa yang diharapkan kepada para peminat agar segalanya berjalan lancar antara mereka berdua. Seperti sedia maklum, ini adalah perkahwinan kali kedua buat kami berdua. Jadi kami berharap perkahwinan ini adalah yang kali terakhir.

Semoga segala persiapan dan perancangan akan berjalan lancar buat Sarimah dan Tunku Nadzimuddin yang lebih dikenali dengan nama Jamie. Sama-samalah kita doakan agar pertunangan mereka akan berakhir dengan perkahwinan yang kekal abadi sehingga ke akhir hayat. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...