Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sari Yanti dan suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam. Berita gembira itu diumumkan di akaun Instagram Sinar FM.
Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Sari Yanti dan Jep mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sering berdoa agar proses kelahiran berjalan dengan lancar.
Untuk pengetahuan anda, cahaya mata sulung pasangan ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan rakan pelawak serta konti Jep iaitu Rahim.
Semoga dengan kehadiran orang baharu ini, rumah tangga Sari Yanti dan Jep akan lebih bahagia dan dilimpahi dengan rezeki. Tidak sabar kami ingin melihat wajah bayi mereka.