(TAHNIAH) Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Timang Cahaya Mata Pertama

Hiburan

(TAHNIAH) Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Timang Cahaya Mata Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Sari Yanti dan suaminya, pelawak Jep Sepahtu yang selamat menimang cahaya mata pertama mereka semalam. Berita gembira itu diumumkan di akaun Instagram Sinar FM.

Advertisement

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Sari Yanti dan Jep mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang sering berdoa agar proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Untuk pengetahuan anda, cahaya mata sulung pasangan ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan rakan pelawak serta konti Jep iaitu Rahim.

Semoga dengan kehadiran orang baharu  ini, rumah tangga Sari Yanti dan Jep akan lebih bahagia dan dilimpahi dengan rezeki. Tidak sabar kami ingin melihat wajah bayi mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.