Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Sarah Hildebrand Sah Bergelar Isteri Kepada Jejaka Kacukan Filipina-Amerika

sarah hildebrand nikah

Hanya dengan sekali lafaz, pelakon terkenal Sarah Hildebrand sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen. Pasangan tersebut sah bernikah kira-kira pukul 10.25 pagi semalam di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

sarah hildebrand nikah

Advertisement

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara Sarah.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin. Majlis pernikahan pasangan tersebut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan rapat.

Advertisement

Sarah meluahkan rasa syukur majlis pernikahannya berjalan dengan lancar. Menurut Sarah, dia mempercayai Otto adalah lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan dirinya hingga ke akhir hayat.

Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat. Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan.

sarah hildebrand

Tahniah kami ucapkan kepada Sarah dan suami. Semoga ikatan perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga. Itulah kata orang, soal jodoh ini memang tidak boleh dijangka, akhirnya Sarah telah menemui kebahagiaan yang dicari-cari selama ini,

Beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Sarah dengan membaca entri ini sepenuhnya: –

sarah hildebrand nikahotto gillen sarah hildebrandsarah hildebrand nikah

Sumber Berita : Harian Metro

Sumber Video : Instagram ABPBH

Kredit Foto : Instagram rhmthdy.t

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. Anonymous

    November 4, 2019 at 10:22 pm

    Basically Philippines guy yg duduk USA

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top