(TAHNIAH) Sara Ali Kini Sah Berhijab Sepenuhnya

Hiburan

(TAHNIAH) Sara Ali Kini Sah Berhijab Sepenuhnya

Semalam kami ada memaparkan artikel dimana pelakon Sara Ali tampak sungguh manis ketika bertudung.

Hari ini kami terima berita yang cukup gembira apabila Sara mengakui beliau kini sudah berhijab sepenuhnya.

Advertisement

Malah, beliau sebenarnya sudah lama menyimpan hasrat untuk menutup aurat.

Selama ini saya tak bertudung demi periuk nasi dan kelangsungan hidup di dalam dunia seni. Ia pilihan sendiri.

Bagaimana pula jika saya bertudung dan persoalan susah untuk cari makan mula bermain di fikiran. Tetapi tanpa desakan sesiapa saya bulatkan hati untuk bertudung. Saya percaya ini terjadi atas “desakan-Nya”.

Walaupun sudah berhijab, ia tidak bermakan Sara akan terus berhenti daripada bidang seni.

Jika industri seni masih mahu saya berlakon tapi dengan cara kini (bertudung), saya terima. Jika sebaliknya tak apa. Lakonan sudah sebati dalam diri.

Industri ini yang buatkan saya lakukannya demi duit. Jiwa memberontak. Jadi saya takkan berhenti dan anggap inilah permulaan untuk buka langkah baru yang lebih baik.

Alhamdullillah, berita yang sangat positif pada hari Jumaat yang penuh keberkatan. Sama-sama kita doakan Sara Ali kekal dengan imej terbaharunya ini.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...