November 12th, 2014

Hubungan antara Sam Bunkface dan Aida Azira yang merupakan seorang penerbit rancangan di TV3 bukanlah satu rahsia lagi. Mereka baru-baru ini telah pergi bercuti bersama-sama di Pulau Tioman bersama keluarga. Dalam diam rupa-rupanya Sam dan Aida telah pun mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu. Jutaan tahniah diucapkan buat anda berdua atas berita gembira ini.

sam bunkface dan tunang

Majlis pertunangan pasangan merpati 2 sejoli ini telah berlangsung di Masjid Tanah Melaka dengan dihadiri oleh keluarga terdekat. Untuk makluman, Sam dan Aida masing-masing berusia 27 tahun. Molek benarlah tue dah buat perancangan untuk bergelar suami isteri. Kata Sam:-

Kami sudah selamat bertunang sebulan lalu manakala majlis itu dibuat secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Bagaimanapun, kami masih mencari tarikh yang sesuai untuk berkahwin, mungkin selepas rangka jelajah album kami selesai iaitu tahun hadapan.

Saya mendedahkan perkara ini adalah bagi menjelaskan status hubungan kami yang selama ini menjadi tanda tanya. Kesian juga dekat Aida yang terpaksa menjawab pertanyaan banyak pihak.

sam bunkface dan tunang

Tahniah sekali lagi buat Sam dan Aida. Banyakkan bersabar di fasa pertunangan ini. Darah tengah manis. Jangan terlalu mengikut emosi. Semoga anda berdua akan disatukan sebagai suami isteri mengikut apa yang telah dirancang. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...