Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Sam Bunkface Selamat Berkahwin Selepas Hampir 2 Tahun Menduda

Vokalis kumpulan Bunkface, Sam tampil mendedahkan bahawa dirinya kini telah selamat berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi selepas hampir dua tahun menjalani kehidupan sebagai seorang duda.

Advertisement

Perkara itu dikongsi sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

“Salam Jumaat semua. Di sini Sam ingin kongsi yang Sam sudah menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Doakan yang baik-baik untuk kami. Alhamdulillah.”

Menjengah ke ruangan komen, entri yang memaparkan foto suami isteri itu disambut baik oleh rakan-rakan artis dan peminat yang tidak terlepas mendoakan agar perkahwinan mereka kekal buat hingga ke akhir hayat.

Advertisement

Terdahulu, Sam sebelum ini pernah berkahwin dengan penerbit rancangan, Aida Azira Hussin, pada 25 April 2015, namun memutuskan untuk bercerai pada hujung Januari 2019. Hasil perkahwinan itu, abang kepada aktres Siti Saleha ini bersama bekas isterinya selamat dikurniakan seorang anak lelaki bernama Maleeq.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    December 14, 2020 at 2:41 pm

    msti anak comel ni..bini pun lawa..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top