(TAHNIAH)Salima AF Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Hiburan

(TAHNIAH)Salima AF Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

Salima yang merupakan produk program realiti Akademi Fantasia telah pun berkahwin dengan pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre pada Oktober 2013. Untuk makluman, Salima merupakan isteri kedua kepada ustaz tersebut dan pernah memaklumkan dirinya selesa hidup bermadu. Baru-baru ini, Salima telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya. Menariknya, madu Salima dan anak-anaknya turut sama hadir meraikan hari bahagia tersebut.

anak salima

Advertisement

Bayi yang dilahirkan pada 26 Januari 2015 ini telah pun diberi nama Syed Ahmad Rayyan dan telah pun selamat dicukur oleh ayahnya sendiri pada hari ketujuh. Tahniah diucapkan kepada Salima, suami dan madu atas kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Berdasarkan pemerhatian Abang Nara, Salima dan madunya memang mesra dan seumpama kawan baik. Mereka sering keluar bersama-sama. Indah sungguh hidup bermadu jika kena caranya.

anak salima

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Salima sekeluarga. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...