(TAHNIAH) Salih Yaacob Timang Cahaya Mata Ke 13

Hiburan

(TAHNIAH) Salih Yaacob Timang Cahaya Mata Ke 13

Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob telah selamat menimang cahaya mata ke 13 beliau hasil perkongsian hidup bersama isteri ke 4 beliau Samihah Sheikh Amy. Bayi perempuan seberat 3.5 kg itu telah dilahirkan secara pembedahan di salah sebuah hospital di ibu negara.

Advertisement

Ketika dihubungi Salih memberitahu keadaan bayi dan isterinya berada dalam dan keadaan sihat serta sempat meluahkan rasa syukur dengan kehadiran orang baru didalam keluarga besar mereka.

Selain Samihah, Salih mempunyai 3 isteri yang lain iaitu iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46 dan Norfara Wahida Sulaiman, 36, yang hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia. Ramai rakyat Malaysia yang menjadikan  beliau sebagai pemimpin keluarga yang baik kerana mampu untuk berlaku adil dalam hidup berpoligami.

Tahniah kami ucapkan kepada Salih Yaacob dan isteri atas kehadiran cahaya mata ini, semoga rezeki Salih bertambah dan mengeratkan lagi kasih sayang didalam keluarga.

Sumber Berita: Sinar FM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.