Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob telah selamat menimang cahaya mata ke 13 beliau hasil perkongsian hidup bersama isteri ke 4 beliau Samihah Sheikh Amy. Bayi perempuan seberat 3.5 kg itu telah dilahirkan secara pembedahan di salah sebuah hospital di ibu negara.
Ketika dihubungi Salih memberitahu keadaan bayi dan isterinya berada dalam dan keadaan sihat serta sempat meluahkan rasa syukur dengan kehadiran orang baru didalam keluarga besar mereka.
Selain Samihah, Salih mempunyai 3 isteri yang lain iaitu iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46 dan Norfara Wahida Sulaiman, 36, yang hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia. Ramai rakyat Malaysia yang menjadikan beliau sebagai pemimpin keluarga yang baik kerana mampu untuk berlaku adil dalam hidup berpoligami.
Tahniah kami ucapkan kepada Salih Yaacob dan isteri atas kehadiran cahaya mata ini, semoga rezeki Salih bertambah dan mengeratkan lagi kasih sayang didalam keluarga.