(TAHNIAH) Salih Yaacob Bakal Timang Anak Ke 13

Hiburan

(TAHNIAH) Salih Yaacob Bakal Timang Anak Ke 13

Pelawak serta penyampai radio popular, Salih Yaacob bakal menimang cahaya mata ke 13 hasil perkahwinan bersama isteri keempat beliau, Samihah Syeikh Amy atau mesra disapa Emi yang dijangka akan melahirkan anak mereka pada bila-bila masa sekitar minggu ini.

Salih dan Emi telah bernikah pada tahun 2011 dan tiga isterinya sebelum ini iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46, Norfara Wahida Sulaiman, 36, juga merestui perkahwinan ini.

Advertisement

Hubungan harmoni dikalangan isteri-isteri Salih juga dijadikan contoh buat lelaki yang ingin berpoligami kerana jelas pelawak tersebut boleh berlaku adil dengan isteri-isterinya.

Selain bakal memperoleh anak ke 13, Salih turut mempunyai enam orang cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu.

Alhamdullilah, Salih Yaacob diberi lagi rezeki untuk menimang cahaya mata bersama isteri keempat beliau selepas hampir 4 tahun mendirikan rumah tangga. Kami yakin Salih akan dapat menjaga anak yang bakal lahir ini dengan baik dan teruslah berlaku adil. Bukan senang untuk hidup berpoligami ini, banyak hati yang perlu dijaga. Semoga proses bersalin akan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Harian Metro

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...