(TAHNIAH) Saida Tarudin Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Hiburan

(TAHNIAH) Saida Tarudin Sah Bergelar Isteri Kepada Ahli Perniagaan

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, Saida Tarudin yang sah bergelar isteri kepada Hafiizh Che Mat yang merupakan seorang ahli perniagaan hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di masjid Al Muklisin, Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Advertisement

Saida menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran berjumlah RM10,000. Pengantin lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran oleh pengantin perempuan.

Menurut Saida, majlis pernikahan beliau dan Hafiizh diadakan secara tertutup tanpa kehadiran pihak media kerana ingin menjaga hati beberapa pihak.

Memang terlalu ramai pihak yang perlu dijaga perasaan mereka apatahlagi ia perkahwinan kedua saya.

Saida sebelum ini pernah berkahwin dengan  Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996 dan bercerai pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Siti Nuruunnyssa, 18, Anas, 16, Khalid, 12, dan Siti Nurul Mashitah, 9.

Hafiizh juga seorang duda dan  mempunyai dua orang anak hasil perkahwinanya sebelum ini.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...