Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Saharul Ridzwan yang kini sudah bergelar bapa. Isterinya, Deena Emir telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki petang tadi. Berita gembira itu disampaikan oleh Saharul sendiri menerusi akaun Instagramnya dengan kapsyen luahan rasa syukur.
Syukur. Tak payah caption panjang buat masa sekarang ni. Sy nak layan moments paling best ni dulu. Terima kasih semua baby boy baba dah panggil dah.
Ruangan komen di Instagram Saharul dibanjiri ucapan tahniah oleh peminat yang sudah tidak sabar melihat wajah anaknya.
Alhamdullilah, bulan Ramadhan yang pastinya penuh makna buat Saharul dan Deena. Semoga ibu dan bayi berada di dalam keadaan sihat. Tahniah sekali lagi.