(TAHNIAH) Safee Sali Timang Cahaya Mata Perempuan Bersama Isteri Fitria Elfina

Hiburan

(TAHNIAH) Safee Sali Timang Cahaya Mata Perempuan Bersama Isteri Fitria Elfina

Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali telah menerima kelahiran bayi perempuan beliau bersama isteri, Fitria Elfina.

Bayi perempuan yang diberi nama Sanika Salsabila itu telah dilahirkan dengan berat 2.8 kg pada jam 9.22 pagi Isnin semalam di Hospital Colombia Asia, Johor Bahru. Berita gembira itu sudah disampaikan oleh Safee sendiri menerusi akaun Instagram miliknya pada tengah hari semalam.

Advertisement

Alhamdulillah..semua nye selamat..wife saya melahirkan seorang bayi perempuan..tiada apa yang lebih bermakna dalam dunia jika kita bersama keluarga yang sudah sempurna..

Safee Sali bernikah dengan Fitriana Elfina seorang warganegara Indonesia pada 21 Disember 2013. Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Safee dimana sebelum ini beliau mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2012. Hasil perkahwinan terdahulu, Safee dikurniakan dua orang cahaya mata.

Tahniah kami ucapkan kepada Safee Sali dan isteri, semoga terus bahagia dengan adanya orang baru didalam perkahwinan anda.

Sumber Berita: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...