Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Sabrina Ali Kini Bergelar Isteri Kepada Vokalis Handy Black, Wanji Aswandi

Pelakon Sabrina Ali dilaporkan telah selamat bergelar seorang isteri kepada vokalis kumpulan muzik Handy Black iaitu Wanji Aswandi pada pagi Sabtu yang lalu.

Advertisement

Difahamkan majlis akad nikah pasangan tersebut diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi, 26 Disember 2020.

Sabrina dan Wanji kemudian diraikan di sebuah majlis sederhana di Seksyen 16, Petaling Jaya dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat pada sebelah petang, hari yang sama.

Wanji yang ditemui memberitahu detik perkenalan antara mereka bermula dan terjalin rapat sejak empat bulan yang lalu.

“Saya dah lama kenal dengan Sabrina sebab kami dalam industri yang sama. Kami mula rapat sejak empat bulan lepas dan akhirnya sudah sampai seru kami untuk berkahwin.”

Advertisement

Sabrina atau nama sebenarnya Sabrina Ali Dad Khan berkahwin dengan pengarah filem aksi lagak ngeri itu yang merupakan perkahwinan kali ketiga buat dirinya.

Menerusi hasil perkahwinannya terdahulu, Sabrina mempunyai tiga anak iaitu Ariyana,12, Syed Aryan Khan,9, dan Syed Adrian Khan yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber : mStar Online

SUMBER : mStar Online
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama