(TAHNIAH)Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Hiburan

(TAHNIAH)Rozita Che Wan & Zain Saidin Kini Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Dengan hanya sekali lafaz, akhirnya termeterailah ikatan suami isteri di antara Zain Saidin, 29 tahun dan Rozita Che Wan, 40 tahun. Bertempat di Gazebo Setia City Convention Centre, majlis pernikahan telah berlangsung kira-kira jam 9.10 malam tadi. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua atas masjid yang dibina ini.
gambar pernikahan rozita che wanRozita Che Wan telah diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan dan menerima 9 peti hantaran wang hantaran dalam bentuk cek berjumlah RM23,200, mas kahwin RM9,300 dan juga cincin nikah bernilai RM93,000. Selain itu, peti hantaran tersebut turut mengandungi telekung dan sejadah, set minyak wangi, beg tangan, sepersalinan kain, kasut, sirih junjung, telefon bimbit dan cincin.
gambar pernikahan rozita che wanSebelum majlis akad nikah bermula, cincin pertunangan telah disarungkan oleh ibu Zain iaitu Siti Aishah Abdullah. Pihak lelaki pula menerima sebanyak sembilan peti hantaran berupa baju Melayu, kemeja-T, kasut, beg dan tali pinggang, sirih junjung, set minyak wangi, gelang tangan dan jam serta cincin.
gambar pernikahan rozita che wanChe Ta turut menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta tajaan Habib Jewels. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Zain dan Rozita berkekalan sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Tahniah!!! Kredit gambar Ikram Ismail dan CarlosNizam.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...