(TAHNIAH) Rody Kristal Bakal Bergelar Bapa

Hiburan

(TAHNIAH) Rody Kristal Bakal Bergelar Bapa

Tahniah kami ucapkan kepada gitaris kumpulan rock Kristal, Rody yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi setelah isterinya, Niena Azman disahkan hamil.

Advertisement

Rody mengumumkan berita itu dengan penuh perasaan teruja menerusi akaun Instagramnya dan betapa beliau tidak terfikir akhirnya akan memiliki keluarga sendiri, tentunya ia satu pengalaman bermakna buat dirinya.

Pada masa yang sama, Rody meminta agar peminat mendoakan kesejahteraan isterinya agar dapat melalui proses kehamilan dengan lancar.

Rody dan Niena yang merupakan penjaga gol futsal kebangsaan mendirikan rumah tangga pada 27 April lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...