(TAHNIAH) Rizalman Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Hiburan

(TAHNIAH) Rizalman Ibrahim Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Tak sangka nama yang asyik disebut netizen dek kelayakannya sebelum ini akhirnya menjadi kenyataan apabila Datuk Rizalman Ibrahim telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuatkuasa, 9 Oktober lalu.

Berita baik itu diumumkan sendiri oleh UiTM menerusi laman Facebook rasmi universiti itu kelmarin.

Advertisement

Malah pereka fesyen tanah air yang tersohor itu juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi berita berkenaan di laman Instagram miliknya.

Menerusi sebuah klip pendek yang dimuat naik olehnya, beliau berjanji akan berkhidmat selagi diperlukan.

“Saya berjanji selagi hayat terkandung (badan) sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT…saya pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kederat (kudrat).”

Lebih membanggakan kerana Rizalman yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang juga adalah alumni universiti tersebut dalam bidang seni lukis dan seni reka (fesyen).

rizalman dilantik ahli lembaga pengarah uitm

Dalam pada itu, pelantikan pereka fesyen tersebut ternyata disambut baik oleh netizen dan rata-rata daripada mereka menyokong keputusan tersebut dengan meninggalkan komen positif di laman Instagram beliau.

Malah, ramai yang beranggapan bahawa Rizalman layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah kerana beliau sendiri adalah alumni UiTM.

Tahniah Datuk Rizalman, semoga anda menjalankan tugas dengan baik!

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...