June 18th, 2012

Selepas gugur pada kehamilan pertamanya, Rebecca Nur Islam kini telah hamil untuk kali kedua. Kehamilan Rebecca sudah pun mencecah 5 bulan. Kalau ikut kata orang ramai, kira sudah lepas fasa bahaya trimester pertama di mana keguguran sering terjadi ketika itu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Rebecca atas berita gembira ini.

rebecca nur islam hamil 5 bulan

Kata Rebecca kepada portal Murai:-

Alhamdulilah, saya rasa bersyukur sangat kerana Tuhan memberikan saya rezeki untuk hamil sekian kalinya. Perasaan gembira itu sukar untuk digambarkan dan kali ini saya banyak berdoa semoga kandungan saya ini selamat sentiasa. Saya sengaja merahsiakan kandungan ini walaupun ramai pihak bertanyakan kepada saya. Tetapi baru kini saya berani untuk bercerita kerana tak mahu terlalu teruja seperti kandungan saya sebelum ini yang akhirnya tidak menjadi

Semoga kandungan Rebecca akan sihat-sihat sentiasa sehingga tiba hari kelahiran nanti. Sila jangan lakukan kerja berat dan kalau nak buat apa-apa pun, sentiasa dahulukan anak dalam kandungan terlebih dahulu. All the best dan Abang Nara doakan Rebecca dapat menjadi ibu dengan selamatnya kelak. Amin ~~


53 responses to “(TAHNIAH)Rebecca Nur Islam Kini Hamil 5 Bulan”

  1. anon says:

    semoga Allah beri petunjuk kpd beliau agar bertaubat. nama dh cantik dh Rebecca Nur ISLAM :)

  2. syukran2.. says:

    elok la tu..moga2 pas lahir anak ni,maknya pon turut diberi hidayah.kdg2 aura anak tu mampu membuatkan seseorg tu berubah menjadi lebih baik.hrap2 becca pon berubah menjadi ibu yg lebih sopan,sesuai dgn status seorg isteri & ibu.baru org kompiden yg becca mpu didik anak menjadi manusia nti..becca dah bertuah allah izinkan kawen dgn org kaya,allah izinkan pula hamil.apa salahnya becca tunjukkan rasa syukur kpd Maha Memberi dgn berada di landasanNya..tidak semua org yg dpt segala2nya spt becca skrg..

  3. Nama cantik, harap2 lepasni perangai pun cantik sket

  4. IsteriVIP says:

    Nama Rebecca Nur Al Islam mmg dah cantik…tp kalau pakaian tu menunjukkan ciri-ciri keIslaman, lg cantik..takyah la tunjuk perut sampai camtu, terus jd buruk. Apa2pun tahniah..jaga diri, jaga maruah..mudah2an Allah memberikan kemudahan bersalin nnt…

Loading...