Selepas gugur pada kehamilan pertamanya, Rebecca Nur Islam kini telah hamil untuk kali kedua. Kehamilan Rebecca sudah pun mencecah 5 bulan. Kalau ikut kata orang ramai, kira sudah lepas fasa bahaya trimester pertama di mana keguguran sering terjadi ketika itu. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Rebecca atas berita gembira ini.
Kata Rebecca kepada portal Murai:-
Alhamdulilah, saya rasa bersyukur sangat kerana Tuhan memberikan saya rezeki untuk hamil sekian kalinya. Perasaan gembira itu sukar untuk digambarkan dan kali ini saya banyak berdoa semoga kandungan saya ini selamat sentiasa. Saya sengaja merahsiakan kandungan ini walaupun ramai pihak bertanyakan kepada saya. Tetapi baru kini saya berani untuk bercerita kerana tak mahu terlalu teruja seperti kandungan saya sebelum ini yang akhirnya tidak menjadi
Semoga kandungan Rebecca akan sihat-sihat sentiasa sehingga tiba hari kelahiran nanti. Sila jangan lakukan kerja berat dan kalau nak buat apa-apa pun, sentiasa dahulukan anak dalam kandungan terlebih dahulu. All the best dan Abang Nara doakan Rebecca dapat menjadi ibu dengan selamatnya kelak. Amin ~~