April 11th, 2016

Jutaan tahniah diucapkan kepada Rebecca Nur Islam dan suami kerana bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi. Murah rezeki Rebecca dan suami kerana mudah hamil. Untuk makluman, 3 anak Rebecca sebelum ini ialah Nor Adam Daniel, 7, Nor Anggun Raverra, 4, dan Nor Anggerik Renesmee, 3 tahun. Kesemua mereka telah dilahirkan secara pembedahan, jadi kemungkinan besar ini adalah anak yang terakhir buat pasangan ini.

rebecca nur islam

Mempunyai 5 orang pembantu untuk menolongnya menguruskan hal-hal rumah dan anak-anak, Rebecca Nur Islam mengimpikan anak kembar untuk kehamilannya yang terakhir ini. Kata Rebecca:-

Selain tiga anak saya, dua anak tiri pun duduk sama dengan saya juga. Jadi total anak-anak semua ada lima. Tambah yang bakal lahir nanti, jadi enam orang semuanya. Saya tak kisah anak ramai. Anak ramai best, meriah rumah, nanti bila dah tua, boleh masing-masing tukar-tukar jaga kita kan? Kesemua anak saya lahir secara pembedahan, jadi jika anak yang terakhir nanti, harapan saya nak anak kembar. InsyaAllah
.

Sebelum ini saya mempunyai seorang sahaja pembantu rumah, tapi sebab nak pindah rumah baru nanti, sekarang saya ada lima orang pembantu. Walaupun saya mempunyai lima orang pembantu namun saya tak harapkan dan percayakan pembantu 100%. Anak-anak masih saya yang siapkan. Pembantu cuma membantu sikit-sikit sahaja. Yang penting sekarang cara macam mana kita bersabar, menyayangi, menjaga dan melayan anak-anak

rebecca nur islam

Tabik respek buat suami Rebecca yang menyediakan pembantu-pembantu rumah untuk memudahkan isterinya. Itulah tugas seorang suami. Iyerlah anak ramai kalau pembantu tak ada memang tak cukup tangan. Boleh jadi stress dibuatnya. Apa-apa pun, semoga semuanya selamat untuk Rebecca. Semoga mendapat anak kembar seperti yang diimpikan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

rebecca nur islam

rebecca nur islam

rebecca nur islam

rebecca nur islam

rebecca nur islam

rebecca nur islam

rebecca nur islam


Comments are closed.

Loading...