Memang ramai sungguh selebriti-selebriti Malaysia yang mengakhiri zaman bujang mereka pada hujung minggu lalu. Salah seorang daripada mereka ialah pelakon Razali Hussain, 37 tahun. Isteri Razali ialah seorang guru berusia 29 tahun. Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan pada Jumaat lepas di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras.
Menurut Razali, dia bukannya mahu merahsiakan perkahwinan tetapi tidak mahu mengheboh-hebohkan. Malah majlis juga turut dilakukan secara sederhana dengan jemputan adalah kepada keluarga terdekat sahaja. Kata Razali kepada Mstar Online:-
Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu. Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Bukan saya mahu rahsiakan perkara baik ini. Cuma tidak mahu heboh-hebohkan. Tetapi kalau orang tanya, saya akan mengaku yang saya sudah berkahwin. Tambah pula majlis ini berlangsung di sebelah pihak perempuan. Yang hadir pada hari itu pun hanya teman-teman rapat yang menyertai program Audition dahulu dan penyanyi Farhan. Itu sahaja
Buat Razali, jutaan tahniah atas perkahwinan ini. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia sehingga ke syurga. Tahniah sekali lagi.
P/S: Inginkan kelainan dari segi imej ke tempat kerja? Cubalah blouse ala Korea di WWW.VANITYMASK.COM. Blouse diimport dari Korea, kualiti fabrik dijamin!