Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon Ramona Zamzam dan suaminya yang baru sahaja menimang cahaya mata sulung mereka pada 7 Disember lepas. Ramona selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3 kilogram secara normal.
Berita gembira itu diumumkan oleh Ramona sendiri yang memuat naik foto suaminya sedang menatap anak mereka dengan kapsyen ucapan terima kasih kepada ahli keluarga dan peminatnya yang tidak berhenti mendoakan mereka sekeluarga.
Dalam pada itu, Ramona menerusi portal Harian Metro memberitahu beliau tidak merancang untuk membuka akaun Instagram khas buat anaknya kerana tidak mahu mencari populariti.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga kehadiran orang baru dapat menambahkan lagi kasih sayang serta kebahagiaan buat Ramona sekeluarga.