Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Raja Ilya Bakal Bernikah Dengan Ahli Perniagaan Di Australia Bulan Depan

Baru sahaja dilamar pada bulan Oktober lalu, pelakon Raja Ilya mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan cinta hatinya yang merupakan seorang ahli perniagaan pada 23 Disember depan di kediaman bakal suaminya itu di Perth, Australia. Majlis pernikahan mereka akan diadakan secara tertutup.

Advertisement

Pada awalnya, mereka berdua merencana untuk berkahwin dalam tempoh dua tahun lagi tetapi mengambil keputusan untuk mempercepatkannya memandangkan masing-masing sudah bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan.

Sebenarnya kami merancang untuk berkahwin sekitar dua tahun lagi. Namun ia bertukar menjadi setahun sebab rasa terlalu lama. Namun ketika dia datang ke Malaysia bulan lalu dia ajak saya kahwin sebab katanya tiada sebab untuk tunggu lama memandangkan kedua-duanya sudah bersedia. Tiada sebab untuk saya tangguhkan perkara yang baik. Lagipun kami berdua sangat teruja untuk menjalani alam rumah tangga bersama.

Betul tu, benda baik apa salahnya dipercepatkan, lagipun mereka sudah bercinta selama enam tahun lamanya. Semoga segala perancangan perkahwinan Ilya dan bakal suami berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

26 Comments

  1. anonymous

    November 30, 2018 at 10:02 pm

    perempuan ni ada affair dgn suami orang kalau tak salah..orang india. .sampai tinggal serumah …sampai kena marah ngan isteri dia….lama kot affair dia…lepas biz laki tu jatuh…terus nikah mat salleh pulak…bagui …..laki nie ntha berapa lama…wang punya pasal…

  2. Pikio pikio

    November 20, 2018 at 11:44 am

    Kawin dg mat sallh ni kita yg Muslim kna “ bentuk’ diri sebagai good Muslim. dia yg ikut kita … agama dan hormati adat kita. Klu kita tak sedar diri terikut2 cara hidup mat Salleh. Lingkup la hidup.

    • Anonymous

      November 21, 2018 at 10:30 am

      hiss..pakaian dia pun dh mencerminkn diri dia..

  3. maria jasnie

    November 20, 2018 at 9:14 am

    dear all yang suka mengutuk… future husband dia muslim ka bukan muslim ka, orang puteh ka bukan orang puteh suka hati dia la. dia yang nak kahwin. Maybe dia secretive about her life pasal ni la, orang yang tak ada kerja tapi nak mengutuk saja…. The less they know the better, bukan the less they know the more the insult.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top