(TAHNIAH) Raja Farah Sah Hamil Dua Bulan

Hiburan

(TAHNIAH) Raja Farah Sah Hamil Dua Bulan

Sebelum ini Rajah Farah menerima tomahan serta cacian daripada orang ramai yang menganggap beliau bercerai kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada bekas suaminya Megat. Malah, ada pihak yang mengatakan beliau mandul.

Advertisement

Namun, kuasa Allah SWT itu tiada siapa mampu menghalang apabila Raja Farah disahkan hamil anak pertamanya bersama suami Iskandar Ismail. Berita gembira itu diketahui seminggu selepas beliau dan suami pulang daripada mengerjakan Umrah pada 18-29 Disember lepas.

Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu. Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata.

Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba. Pernah juga terdetik di hati, apakah saya tidak mungkin mengandung tetapi berita ini melenyapkan semua perasaan sangsi itu.

Raja Farah tidak boleh menggambarkan betapa gembiranya beliau dengan kurniaan terindah ini. Buat beliau, ini adalah hadiah yang tidak ternilai selepas di uji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sebelum ini.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada tahun 2010 sebelum bercerai pada 25 Mei 2015.

Kemudian beliau bernikah dengan Iskandar pada 6 September 2015 selepas dua bulan berkenalan. Semalam, Raja Farah dan suaminya sekali lagi diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Anjung Floria, Precint 3, Putrajaya.

Rezeki untuk mendapatkan cahaya mata ini semuanya ketentuan Allah SWT, kalau lambat tidak semestinya kita harus mencari kesalahan pasangan, sebenarnya Allah SWT hendak duga kesabaran serta kesetiaan kita. Siapa yang cakap Raja Farah mandu tu mesti korang terkedu baca berita ni bukan?

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...