Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Raja Azrey Kini Sah Suami Kepada Rozita Ibrahim

Jutaan tahniah diucapkan buat pelakon dan pengarah, Raja Azrey yang telah sah bergelar suami kepada Rozita Ibrahim dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di  Masjid Al-Azim, Pandan Indah tepat jam 5 petang semalam. Sebelum ini Abang Nara telah kongsikan gambar pra perkahwinan pengantin baru ini untuk tatapan anda semua.

gambar perkahwinan raja azrey

Advertisement

Majlis pernikahan telah dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan berlangsung dalam keadaan sederhana. Pihak pengantin perempuan telah menerima lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam ini di Dewan Komuniti Lembah Pantai, Kuala Lumpur dengan bertemakan bangsawan. Tahniah diucapkan atas ikatan yang dibina dan semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top