(TAHNIAH) Raih Anugerah Di Peringkat Antarabangsa, Siti Saleha Sandang Trofi Asia Model Awards 2020

Hiburan

(TAHNIAH) Raih Anugerah Di Peringkat Antarabangsa, Siti Saleha Sandang Trofi Asia Model Awards 2020

Menyandang trofi Asia Model Awards 2020 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan tempoh hari, pelakon berbakat besar, Siti Saleha akui langsung tidak menyangka bahawa dirinya berpeluang meraiah kemenangan tersebut.

Advertisement

Menurutnya, beliau memenangi anugerah itu bersempena Festival Model Asia ke-15 (AMFA) 2020 yang dianjurkan oleh Asia Model Festival Organizing Comittee (AMFOC).

Perkara itu didehdahkan sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Ini berita indah yang saya terima. Di kala pandemik ini, saya tidak sangka boleh menerima anugerah ini. Jadi saya ingin berkongsi berita ini dengan rakyat Malaysia. Terima kasih atas soko­ngan dan kasih sayang anda semua.”

Menurut laporan Gempak, kemenangan itu adalah penganugerahan pada peringkat antarabangsa yang pertama pernah diterima oleh pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu.

Untuk rekod, AMFOC merupakan anggota bawah Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan.

Terdahulu, pelakon Amelia Henderson pernah dinobat sebagai Mo­del of The Year menerusi Anugerah Festival Model Asia ke-14 yang turut berlangsung di Seoul pada 2019.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...