Menyandang trofi Asia Model Awards 2020 yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan tempoh hari, pelakon berbakat besar, Siti Saleha akui langsung tidak menyangka bahawa dirinya berpeluang meraiah kemenangan tersebut.
Menurutnya, beliau memenangi anugerah itu bersempena Festival Model Asia ke-15 (AMFA) 2020 yang dianjurkan oleh Asia Model Festival Organizing Comittee (AMFOC).
Perkara itu didehdahkan sendiri olehnya menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Ini berita indah yang saya terima. Di kala pandemik ini, saya tidak sangka boleh menerima anugerah ini. Jadi saya ingin berkongsi berita ini dengan rakyat Malaysia. Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang anda semua.”
Menurut laporan Gempak, kemenangan itu adalah penganugerahan pada peringkat antarabangsa yang pertama pernah diterima oleh pelakon drama popular 7 Hari Mencintaiku itu.
Untuk rekod, AMFOC merupakan anggota bawah Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan.
Terdahulu, pelakon Amelia Henderson pernah dinobat sebagai Model of The Year menerusi Anugerah Festival Model Asia ke-14 yang turut berlangsung di Seoul pada 2019.
Sumber: Gempak