Melihat Proton Inspira yang dilancarkan baru-baru ini, membuatkan saya kagum dan bangga dengan Proton. Ternyata Proton kini telah maju banyak semenjak ditubuhkan.
Selain dari Inspira, saya juga kagum dan bangga dengan kejayaan Proton apabila menduduki tempat kedua dalam kategori Manufacturer’s Championship untuk Asia Pacific Rally Championship (APRC). Untuk makluman, Proton menggunakan Satria Neo S2000 untuk kejohanan ini.
Untuk makluman, Proton berjaya mendapat kedudukan 1-2 di pusing APRC China hujung minggu lepas. Walaupun ini adalah tahun pertama menyertai kejohanan rally ini selepas berehat selama 5 tahun, ternyata jentera Proton mampu untuk bertanding dengan nama-nama besar seperti Mitsubishi dan Subaru. Hebat kan?
Selain daripada APRC China, Proton Satria Neo S2000 juga telah beraksi di Rally of Malaysia, Rally of Japan, Rally of New Zealand and Rally of Australia. Keputusan terbaik yang pernah dicapai oleh Proton ialah tempat kedua semasa di New Zealand. Selain itu Proton juga beraksi cemerlang di Intercontinental Rally Challenge (IRC) bersama dengan nama-nama besar seperti Peugeot, Skoda, Ford, Abarth Fiat dan Honda.
Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa Proton tiba-tiba masuk semula ke kejohanan rally sebegini selepas 5 tahun berehat? Untuk pengetahuan anda, adalah cara yang berkesan dan murah untuk mempromosikan jenama Proton ke seluruh dunia. Bila brand sudah dikenali, maka lebih ramailah rakyat negara luar yang berminat untuk membeli kereta Proton. Dan semestinya kejohanan rally ini digunakan untuk menguji keupayaan, kekuatan dan performance Satria Neo.
Tahniah kami ucapkan kepada Proton atas kejayaan ini. Kalau anda berminat untuk menonton kejohanan ini tahun hadapan, sila pastikan anda ke Facebook Proton Satria Neo S2000 untuk segala maklumat yang anda perlukan. Tahniah sekali lagi Proton!!!