(TAHNIAH)Profesor A. Razak Mohaideen Kini Bergelar Datuk

Hiburan

(TAHNIAH)Profesor A. Razak Mohaideen Kini Bergelar Datuk

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengarah, Profesor A. Razak Mohaideen di atas penganugerahan pingat Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan ini telah disampaikan sempena sambutan ulang tahun ke-76 Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahamn Bin Haji Abbas pada 22 September lalu.
prof razakProf Razak yang merupakan Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) di UiTM Puncak Perdana juga merupakan seorang perunding skrip dan penulis di Malaysia.

Advertisement

Sepanjang tempoh penglibatannya di dalam dunia seni, Prof Razak telah mengarahkan lebih daripada 20 buah filem.

Antara filem yang diarahkan ialah ‘Anak Mami’, ‘Mami Jarum’, ‘Duyung’, ‘Sifu & Tongga’, ‘Cinta Kolestrol’ dan banyak lagi.
prof razakUntuk rekod, pada tahun 2011, Prof Razak telah dianugerahkan Anugerah Akademik Negara (Kreatif) dan menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menjadi pengarah dari kalangan ahli akademik. Tahniah diucapkan. Sumber Media Hiburan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...