Sudah 25 tahun berusaha dan membina nama dalam industri fesyen dan mengangkat nama anak Malaysia dimata dunia, kini usaha pereka fesyen Bernard Chandran dan Rizalman Ibrahim telah dihargai dan merupakan penerima darjah pingat kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang semalam.
Bernard Chandran menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ manakala Rizalman menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Bernard ketika ditemui pihak media berkata, beliau tidak pernah sangka bakal dianugerahkan gelaran berkenaan kerana beliau bukanlan tokoj terkenal mahupun kakitangan kerajaan yang layak menerima penghormatan berkenaan.
Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Bernard Chandran dan Datuk Rizalman Ibrahim. Mereka memang layak diberikan kurniaan tersebut atas rekaan fesyen mereka yang bertaraf antarabangsa yang sekaligus mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.