(TAHNIAH) Penyanyi Fareez Fauzi Selamat Mendirikan Rumah Tangga Dengan Wanita Pilihan

Hiburan

(TAHNIAH) Penyanyi Fareez Fauzi Selamat Mendirikan Rumah Tangga Dengan Wanita Pilihan

Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi yang juga penyanyi, Fareez Fauzi dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Nurwathiqah Abdul Wahab pada Ahad lalu.

Fareez yang baru sahaja berusia 23 tahun itu difahamkan telah mengadakan majlis pernikahan secara tertutup di kediaman pengantin perempuan di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan.

Advertisement

Berita baik itu telah dimaklumkan sendiri oleh ibu tirinya yang juga pelakon, Lisdawati menerusi ruangan Instagram miliknya.

View this post on Instagram

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

“Syukur alhamdullilah, dengan izin dan takdir Allah, hari ini 20.12.20 tarikh pernikahan anak kedua kami @iamfareezfauzi dan pasangan @tyqawahab. Acara tertutup antara keluarga berlangsung di Sri Menanti, Seremban, Negeri Sembilan.”

Menerusi entri tersebut, Lisdawati dan Fauzi Nawawi turut mengambil kesempatan untuk mendoakan kebahagiaan dan berharap ikatan yang dibina kekal hingga ke jannah.

Sekadar info, Fareez atau nama sebenarnya, Muhammad Fareez Hazwan merupakan artis kelahiran program realiti TV dan juga bergelar juara bagi program nyanyian Mentor Millenia. Fareez juga pernah muncul sebagai pelakon dalam sebuah drama berjudul Kifarah Buta menerusi saluran Astro Citra.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...