Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Ainan Tasneem yang telah selamat bergelar isteri kepada Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi , hanya dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung pada jam 5.55 petang tadi di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ainan sendiri iaitu Dr Hj Ridzuan Mohd Sagir dan disempurnakan oleh jurunikah Ustaz Adib Mahyuz. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Ainan telah menerima 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran kepada pihak lelaki beserta mas kahwin berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsikan jumlah wang hantaran. Majlis resepsi pasangan ini bakal berlangsung pada hari esok 7 januari 2017Â , di sebuah hotel juga di Shah Alam.
Semoga perkahwinan yang dibina kekal sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan.