Pelakon jelita, Nisha Dirr dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata pertama lelaki secara pembedahan pada Jumaat minggu lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon drama Spa Q ini menerusi sebuah hantaran di Instagramnya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Ujar Nisha, dia menanggung kesakitan selama tiga hari sejak dimasukkan ke dalam wad pada hari Rabu minggu lalu namun hilang setelah putera sulungnya itu selamat dilahirkan ke dunia.
Sempena kelahiran anakanda kami pada hari Jumaat yang penuh barakah, kami telah memberikan nama anakanda kami, Tengku Ayden Alauddin.
Nisha juga menjelaskan maksud nama anaknya yang memberi makna berpendidikan dan kemuliaan agama.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memaklumkan bahawa dia dijangka bersalin pada 7 Ogos namun diminta bersedia kerana mungkin melahirkan pada bila-bila masa sahaja.
Sekadar info, Nisha atau nama sebenarnya Nik Shahri’ah Nik Dir,38, telah mendirikan rumah tangg dengan suami tercinta, Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd. Kamil pada Julai 2020 selepas beberapa bulan menyulam kasih.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.