(TAHNIAH) Pelakon Niena Baharun Timang Cahaya Mata Kedua Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Pelakon Niena Baharun Timang Cahaya Mata Kedua Perempuan

Pelakon cantik, Datin Niena Baharun dilaporkan telah selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, semalam.

Bayi perempuan itu difahamkan telah dilahirkan secara pembedahan pada jam 9.30 pagi dengan berat sebanyak kira-kira tiga kilogram (Kg).

Advertisement

Menurut Niena, kelahiran kedua ini sangat bermakna buat dirinya kerana impiannya untuk memiliki anak perempuan sudah menjadi kenyataan. Kini memiliki sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, lebih manis lagi apabila tarikh lahir anak kedua ini jatuh pada hari yang sama dengan anak sulungnya, Adiel Mikael dan turut disambut doktor yang sama.

Ketika ditanyakan mengenai nama pilihan, pelakon yang namanya meningkat naik menerusi drama Sayangku Kapten Mukhriz ini berkata dia dan suami masih belum membuat keputusan.

“Suami mahu selesaikan dahulu tempoh tujuh hari bersalin. Selepas itu, Insya-Allah, kami putuskan nama yang sesuai. Alhamdullilah, keadaan saya dan anak okay,”

View this post on Instagram

Thank you Allah for everything. #doublecelebration #24102018 #24102020

A post shared by Niena Baharun (@nienabaharun.nb) on

Untuk info, Niena Baharun telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 yang lalu bertempat di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan.

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...