(TAHNIAH) Pelakon Miera Liyana Kini Hamil 7 Bulan, Tiada Niat Sorok Kehamilan

Hiburan

(TAHNIAH) Pelakon Miera Liyana Kini Hamil 7 Bulan, Tiada Niat Sorok Kehamilan

Pelakon cantik, Miera Liyana mengumumkan bahawa dia kini sarat mengandung tujuh bulan, ketika ditemui media.

Miera LiyanaSumber : Instagram Miera Liyana  

Miera menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk menyembunyikan berita gembira tersebut tapi hanya mengingati pesanan orang tua agar menunggu kandungan sihat dan kuat sebelum mendedahkan kepada umum.

Advertisement

Tambahnya lagi, dia mendedahkan bahawa terdapat perkara pelik terjadi ke atas dirinya sepanjang kehamilan seperti alahan yang hanya muncul selepas kandungan semakin sarat dan memasuki trimester ketiga.

Miera juga berkata dia kini sering berasa cepat penat dan kerap tidur petang untuk mendapatkan tenaga dalam menjalankan aktiviti harian.

View this post on Instagram

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

“Apa yang peliknya, alahan darang ketika kandungan semakin sarat. Pada awal kehamilan, tidak pula begini. Sekarang saya cepat penat dan tidur petang untuk mendapatkan tenaga. Tidaklah berubah sehingga menjadi orang lain. Saya masih Miera yang sama cuma lebih matang berbanding dahulu. Tidak lama lagi saya bakal bertukar status kepada ibu pula.”

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin tahun 2013 itu juga sempat menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana diberi peluang untuk merasa kesempatan hamil oleh Yang Maha Esa

Pelakon filem Pecah itu juga memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan dan berjalan lancar sepanjang kehamilan serta kelahiran kelak.

View this post on Instagram

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Terdahulu, Miera dan suaminya, Rosland Othman,48, telah mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu bertempat di sebuah hotel terkemuka di tengah Ibu Kota dihadiri sahabat handai serta tetamu kenamaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...