Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Pelakon Fouziah Gous Hamil Anak Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Fouziah Gous yang mengesahkan beliau kini sedang hamil anak kedua bersama suami Zhafran Yusof. Berita itu diumumkan sendiri oleh Fouziah menerusi sebuah video “ultrasound” menampakkan kandungannya yang dimuat naik di akaun Instagram beliau.

Advertisement

Fouziah juga memberitahu, sebelum ini suaminya ada bermimpi melihat beliau mengandung tetapi Fouziah pada mulanya tidak mengambil serius mengenai perkara itu apabila diceritakan oleh suaminya.

Ada cerita kelakar sebenarnya tentang kehamilan saya kali ini. Suami ada beritahu yang dia bermimpi saya mengandung. Tapi saya fikir itu hanya sekadar mainan tidur.

Suami bawa saya ke hospital untuk buat pemeriksaan. Doktor mulanya menyangka saya ada gastrik. Saya hampir menjalani rawatan susulan tetapi pada hari yang sepatutnya saya lakukan rawatan tersebut, saya beritahu doktor bahwa simptom-sipmtom yang saya alami ini sama seperti ketika hamilkan anak pertama dulu. Kemudian suami bawa saya membuat pemeriksaan doktor sekali lagi dan ketika itu doktor sahkan saya hamil tujuh minggu. Sekarang sudah 14 minggu.

Alhamdullilah, semoga Fouziah dan kandungan berada di dalam keadaan sihat. Semoga proses kehamilan berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : Malaysian Digest

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top