Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Pelakon Filem Mukhsin, Yana Alyahya Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan, Jumaat Lalu

Pelakon filem Mukhsin yang juga anak kepada pelakon senior Fatimah Abu Bakar, Sharifah Aryana telah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan, Jad Hanif Jimmy dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada hari Jumaat lalu.

Sharifah Aryana yang lebih mesra disapa sebagai Yana,26, difahamkan telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Zainal Rashid Alyahya dalam sebuah majlis serba ringkas tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara serta sahabat handai.

Advertisement

Majlis tersebut yang diadakan di rumah Yana itu turut disertai ahli keluarga pengantin lelaki secara atas talian kerana mereka berada jauh di Kuching, Sarawak. Ini berikutan perlaksanaan PKP sebelum ini turut membataskan pergerakan untuk hadir serta perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Berita gembira itu telah diumumkan sendiri oleh Yana menerusi akaun Instagramnnya, kelmarin.

Advertisement

“Alhamdullilah selesai sudah majlis akad nikah. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online terutama kepada keluarga di Kuching. InsyaAllah kami akan ke sana nanti.”

Dia yang manis mengenakan busana sedondon berwarna putih dan merah jambu bersama suami kelihatan bahagia di hari bersejarah itu.

Sekadar info, Yana merupakan adik bongsu kepada pelakon Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan juga Sharifah Aleysha. Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top