(TAHNIAH) Pelakon Faye Kusairi Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Hiburan

(TAHNIAH) Pelakon Faye Kusairi Kini Sudah Berhijab Sepenuhnya

Pelakon Faye Kusairi yang pernah membintangi drama popular Istikharah Cinta bersama Zul Ariffin mengesahkan beliau kini sudah berhijab sepenuhnya selepas menangguh hasratnya itu hampir sebulan demi kerja.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Faye akhirnya merasa cukup lega kerana hajat beliau kini sudah menjadi kenyataan dan mempercayai Allah SWT telah mengaturkan perjalanan hidupnya dengan baik.

Saya sudah menyimpan hajat untuk bertudung sejak tahun lalu, namun terpaksa menangguhkan hajat kerana terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, saya dapat menunaikan impian untuk berhijab.

Boleh dikatakan hajat dan niat saya ini dapat disempurnakan pada masa yang sesuai. Allah sudah menyusun jalan hidup saya sebaik mungkin.

Faye juga beberapa jam lepas sudah mula memuat naik foto beliau mengenak hijab di akaun Instagram miliknya.

Alhamdullilah, harapnya perubahan Faye Kusairi ke arah kebaikan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat. Doakan yang terbaik buat beliau.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...