Pelakon filem Congkak, Erynne Erynna dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pagi tadi iaitu pada 9 Ogos 2020 jam 2.31 pagi.
Berita tersebut telah dikongsi oleh Erynne atau nama sebenarnya Syazlynne Erynne Abdullah menerusi akaun instagram peribadi miliknya.
Dia turut mengumumkan nama yang dipilih untuk bayi perempuan yang baru dilahirkannya itu.
“Alhamdullilah, syukur segala puji bagi Allah, saya berasa sangat bersyukur atas semuanya. Medinah, dilahirkan pada 9th Ogos 2020 pada jam 2.31 pagi,”
Erynne turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan proses kehamilannya dan bersyukur kerana telah dipermudahkan urusan kelahiran anak pertamanya itu.
Erynne sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan iaitu Afify Sazali pada April 2019 yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Erynne dan pasangan!