Hampir 5 tahun bergelar janda, pelakon Ana Dahlia akhirnya telah mengikat tali pertunangan bersama anak pengarah Datuk Jurey Latiff pada 30 Julai lepas.
Pada awalnya Ana sendiri tidak menyangka bahawa majlis merisik itu akan bertukar menjadi majlis pertunangan beliau dengan jejaka bernama Mohd Ahsraf Jurey.
Meskipun pada saat akhir, majlis pertunangan mereka berjalan dengan lancar.
Asalnya hendak diadakan acara merisik sahaja. Tetapi, tiba-tiba ia bertukar menjadi majlis bertunang. Keputusan untuk bertunang dibuat tidak sampai seminggu dengan acara sebenar. Kebetulan, ia dilangsungkan dalam bulan Syawal yang penuh berkat.
Persiapan pun dibuat serta-merta termasuk mencari pelamin, katering dan kanopi. Malah pereka fesyen Ari Wedding Couture juga bersedia untuk menyiapkan pakaian bertunang pada minit akhir. Majlis berlangsung dengan gaya sederhana. Hanya ada pemanis daripada kedua-dua keluarga dan cincin tanda.
Majlis diadakan di kampung halaman keluarga Ana di Taiping, Perak, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu membabitkan keluarga kedua-dua pihak.
Berbicara mengenai percintaan mereka, Ana dan Ashraf berkenalan kira-kira setahun yang lepas di produksi milik Jurey Latiff.
Untuk pengetahuan anda, ini merupakan perkahwinan kedua buat Ashraf juga dimana beliau sebenarnya seorang duda anak tiga.
Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan dapat anak segera tak lama lagi.
Cuma setakat ini belum ada tarikh tepat kami akan berkahwin kerana bakal suami dan bapanya sibuk dengan kerja mengarah. Saya kini pun berehat daripada lakonan dan dapat memberi tumpuan penuh untuk kerja persiapan kahwin.
Ana Dahlia dan Mohd Ashraf merencana untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Ogos ini ataupun pada awal bulan September depan.
Semoga segala perancangan mereka berdua untuk berkahwin berjalan dengan lancar. Harap perkahwinan kali kedua ini akan berkekalan sehingga jannah. Amin..