(TAHNIAH) Pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh Terima Anugerah Kesihatan Global 2020

COVID-19

(TAHNIAH) Pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh Terima Anugerah Kesihatan Global 2020

Usaha menangani wabak pandemik COVID-19 kini seakan tidak sia-sia selepas Pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh, Selangor kini telah mendapat pengiktirafan dan menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020.

Anugerah berkenaan disandang oleh Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit iaitu Dr C. Suresh Kumar dan Dr Shaiful Azman Zakaria selaku Ketua Jabatan Anestesia dan Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh.

Advertisement

“Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Suresh Kumar dan Dr Shaiful Azman dan seluruh pasukan COVID-19 di Hospital Sungai Buloh atas pengiktirafan di Global Health Awards 2020. Pencapaian yang sangat membanggakan! Negara mengucapkan terima kasih atas dedikasi, pengorbanan dan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam usaha kita bersama-sama memerangi COVID-19,”

Untuk rekod, Hospital Sungai Buloh merupakan hospital utama COVID-19 Malaysia sejak pandemik itu melanda negara.

Sekadar informasi, Dr Suresh Kumar mempunyai pengalaman lebih 15 tahun sebagai perunding penyakit berjangkit di Hospital Sungai Buloh manakala Dr Shaiful Azman pula mengkhusus dalam bidang anestesiologi dan rawatan rapi sejak 1996 dan pernah bekerja di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kelantan.

Sumber: BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...