June 6th, 2012

Kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, Nurul Huda Abdul Wahab (35 tahun) telah sah bergelar isteri kepada Eric Daniel Depp (47 tahun) dengan hanya sekali lafaz. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di Duchess Place, Ampang.

gambar nikah nurul huda wahab

Lafaz akad nikah yang dilakukan dalam Bahasa Inggeris menyaksikan Nurul menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran sebanyak EURO5,000 (kira-kira RM20,000). Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara. Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.

Jutaan tahniah sekali lagi kepada Nurul dan Eric Depp atas perkahwinan ini. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Amin ~~ Kredit info dan foto kepada Mstar Online.


62 responses to “(TAHNIAH)Nurul Huda Wahab dan Eric Depp Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz”

  1. Anonymous says:

    Jauh beza….berapa hari leh tahan tu…hitam berkelit…

  2. […] Kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi, Nurul Huda Abdul Wahab (35 tahun) telah sah bergelar isteri kepada Eric Daniel Depp (47 tahun) dengan hanya sekali lafaz. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada pasangan pengantin ini. Majlis pernikahan telah berlangsung di … Continue reading → […]

  3. kitaro says:

    mak oi kuku… xde inai2. color putih lagi!!

  4. Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

    selamat pengantin baru nurulllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll tahniah minah jambu ucaop kn pada nurul semoga bahgia n cepat2 dapat baby jambu ok…….cangini lahhhhhh kawin ngan mat saleh bagos……kawin ngan melayu ni leceh lah !!!! cemburu nye lain yg pukol bantai nye lain nak kawin lagi satu nye lainnnnnn eeeeeeeee leceh betol lah !!!!!! tapi nurul ingat2 sikit k simpan duit tau selagi ada laki ni jangan kasi chan ngan laki ok…..lov u nurulllllllllllllllllllllllllll

  5. donutpompom says:

    xseswai la nurol oi bju nikah cenggitu..yg laki die ni plak pki kot. cam omputeh kawen je.

Loading...