February 21st, 2014

Pernah gagal dalam pertunangannya dengan Ally Iskandar sebelum ini, akhirnya naib juara Gadis Melayu ini, Nur Aisyah Zainal, 29 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Mohd Ashrudy Borhan, 34 tahun pada 14 Februari lalu. Majlis pernikahan berlangsung pada pukul 9.30 malam di Masjid Besar Alor Gajah dengan bapa Aishah sendiri menikahkan pasangan ini.

aishah zainal kahwin

Wang hantar sebanyak RM16,885 yang diambil bersempena hari lahir Aishah iaitu 6 Ogos 1985 telah pun dihantar oleh pengantin lelaki pada majlis tersebut. Pengantin lelaki adalah produser TV Al Hijrah. Ahsrudy telah melamar Aishah secara drastik kira-kira sebulan sebelum tarikh pernikahan.
aishah zainal kahwin

Tahniah buat Aishah dan Ashrudy atas perkahwinan anda. Semoga berbahagia ke akhir hayat dan dikurniakan anak yang ramai untuk melengkapi hidup anda. Selamat melayari bahtera rumahtangga.


Comments are closed.

Loading...